Allahyarhamah Dr Nora'i Mohd Said

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said meninggal dunia pukul 5.40 pagi tadi.

Berita pemergian Allahyarhamah Nora’i itu dimaklumkan, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa di laman sosialnya.

“Menerima perkhabaran dukacita pagi ini mengenai pemergian Datuk Dr Nora’i binti Mohd Said, mantan Pengarah Hospital Putrajaya yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 5.40 pagi tadi.

“Salam takziah buat ahli keluarga dan kenalan allahyarhamah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Zaliha berkata, pemergian allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat perkhidmatan kesihatan di Malaysia. – MalaysiaGazette