KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan rasuah dan penyelewengan projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing sebuah kementerian.

Individu pertama, Muhammad Adlan Berhan, 48, di alamat terakhir di Lot 65, Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Manakala individu kedua, Mansoor Saat,69, beralamat terakhir di 5 Jalan SS19/1C Subang Jaya, Selangor.

Menurut SPRM, hasil semakan mendapati kedua-dua individu telah meninggalkan Malaysia pada 17 Mei dan 21 Mei 2023 namun tiada rekod kembali ke negara ini.

“Pelbagai usaha telah dilakukan oleh SPRM termasuk berhubung terus dengan kedua-dua penama dan peguam masing-masing namun mereka mash gagal menghadirkan diri ke pejabat SPRM,” kata SPRM menerusi kenyataan hari ii.

SPRM mahu orang ramai yang mengenali tau mempunyai maklumat mengenai individu terlibat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Nur Muhammad Amin bin Jamaluddin di talian 603-88700799 atau 016-4322 699 atau emel kepada [email protected] MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Muhamad Adlan tu menantu Mudin Sakau yg dah disucikan oleh lebai Hadi…dah lari keluar negara tak balik..celaka anak beranak kaki sakau

Comments are closed.