ALOR SETAR – Kedah mencatatkan peratusan keluar mengundi pada pengundian awal dengan 96.02 peratus.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 72,554 orang keluar mengundi awal hari ini di enam buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
Manakala bagi PRK Parlimen P.036 Kuala Terengganu, 1,286 orang pengundi (95.47 peratus) terdiri daripada tentera dan pasangan serta polis telah mengundi awal, menurut SPR.
Negeri Terengganu berada pada kedudukan kedua dengan mencatatkan 95.91 peratus diikuti Selangor 95.87 peratus.
Tiga lagi ialah Pulau Pinang dengan (95.01) peratus, Kelantan (93.90) peratus dan Negeri Sembilan (94.0 peratus).
Hari ini telah berlangsung proses mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang bermula pada pukul 8.00 pagi tadi.
Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena PRN di enam negeri.
Turut dibuka tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak. – MalaysiaGazette

















96.02%, tanda2 awal kemenangan mutlak dan bergaya PN di Kedah.
Tanda kasih sayang rakyat jelata kepada MB dan Sultan Kedah. Semoga Kedah terus sejahtera dan dilindungi Allah.