KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tas Sri Annuar Musa menyatakan keterujaannya di atas penghargaan Ketua Pemuda UMNO apabila mendakwa, beliau penyebab parti itu memperoleh 26 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pada masa sama, Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu menyindir dengan menzahirkan ucapan ‘terima kasih’ kepada Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh kerana memberikan kredit kepadanya.
“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia (Dr Akmal) yang telah memberi kredit yang begitu tinggi kepada saya, kononnya kerana sayalah UMNO hanya dapat 26 kerusi PRU15.
“Tinggi sungguh aras pemikiran dan politik Ketua Pemuda UMNO Malaysia zaman ini. Saya cukup teruja,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Terdahulu, Dr Muhamad Akmal dalam satu kenyataan menyalahkan Annuar kerana didakwa menjadi punca parti itu menjadi lemah.
Katanya, kekalahan UMNO pada PRU15 adalah kesan daripada kepimpinan pemimpin yang pentingkan diri seperti Annuar.
Beliau turut mendakwa, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu hanya mencari keuntungan peribadi berbanding memperkuatkan parti dan menjaga rakyat, hingga akhirnya membuatkan rakyat tidak lagi mempercayai UMNO. -MalaysiaGazette
Pemuda UMNO Pusat ni nampak macam CERDIK pemikirannya… cuma tak PASTI idea dia menjelma sebelum atau selepas “peristiwa”.
menghairankan ZAHID HAMIDI amat lemah menghidu “KEPENTINGAN PARTI” perlu lebih PENTING daripada utamakan nafsu diri.
ZAHID… ZAHID… berapa jam lagi ni… are you ready????