Abdul Wahid Omar

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia Bhd menggalakkan institusi kewangan supaya mula meneroka kemungkinan menyenaraikan anak syarikat perbankan Islam masing-masing walaupun menghadapi cabaran instrumen ekuiti patuh syariah yang tidak mencukupi dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata institusi kewangan di Malaysia, seperti bank-bank utama, masih dikategorikan sebagai konvensional, walaupun sebahagian besar perniagaan mereka kini dalam bentuk patuh syariah.

“Contohnya, lebih 60 peratus daripada jumlah pembiayaan Maybank sudah patuh syariah. Dalam pendekatan tipikal, kami ingin menggalakkan bank-bank ini menyenaraikan anak syarikat perbankan Islam mereka.

“Walau bagaimanapun, akan ada beberapa cabaran kerana kebanyakannya beroperasi mengikut model leveraj, bermakna perniagaan perbankan Islam mereka memanfaatkan rangkaian cawangan, pasukan pengurusan semasa dan sebagainya,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Pelaburan Syariah 2023 anjuran CGS-CIMB Securities Sdn Bhd di sini, pada Rabu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast