Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

SHAH ALAM – Jumlah kerugian jenayah penipuan dalam talian di negara ini diunjurkan mencecah RM1.2 bilion pada tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, unjuran itu diperolehi melalui kertas Majlis Sosial Negara pada mesyuarat jemaah menteri, hari ini.

“Unjuran yang dibuat itu membimbangkan sekiranya trend sebegini berterusan, maksudnya ia semakin serius dan disebabkan itu polis perlu mewujudkan kesedaran kepada orang awam.

“Langkah ini bagi memastikan mereka tidak menghampiri dan terjebak sehingga mengalami kerugian akibat jenayah baharu ini.

“Kita juga bimbang ia boleh melepasi jumlah jenayah konvensional seperti kehilangan motokar, motosikal, harta benda dan jumlah jenayah itu akan mengecul jika tiada ikhtiar untuk disekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Pembangunan Modal Insan dan Sahsiah Diri di sini, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast