Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

KUALA LUMPUR – Seramai 18,557 pegawai dan anggota polis bersama 5,522 orang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selangor melaksanakan undi awal, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 95.87 peratus telah keluar mengundi awal dan proses berjalan lancar tanpa sebarang insiden.

Dalam pada itu, polis Selangor menerima sebanyak 64 laporan polis berkaitan pilihan raya negeri (PRN) sehingga semalam.

“Lima kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Seksyen 4 (A) (1) Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 435 dan Sekseysen 427 Kanun Keseksaan, Sekseyn 7 Akta Pilihanraya 1954 dan Sekseyn 385 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hussein, manakala 48 laporan polis lagi diklasifikasikan NOD (No Offence Disclosed) iaitu laporan polis yang dibuat tidak ada apa-apa kesalahan dan tangkapan.

“Laporan polis ini dibuat oleh Pasukan Ops Cantas yang melakukan pemeriksaan Ops Cantas Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di lokasi yang dijalankan pemeriksaan.

“Empat laporan diklasifikasikan ROR (Refer Other Report), empat lagi diklasifikasikan NFA (No Futher Action) dan tiga adalah ROA (Refer Other Agency), ” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan, sebanyak 191 kempen berpermit diadakan semalam dengan satu tanpa permit manakala ceramah berpermit sebanyak 79.

Hussein tuut mengingatkan kepada semua calon supaya tidak menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan raja) sepanjang berkempen.

“Jika mana-mana calon parti tidak mematuhi peraturan ini, ianya boleh disiasat dibawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast