Zafrul Sungai Kandis
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

ISKANDAR PUTERI – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengakui gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) yang membentuk Kerajaan Perpaduan hari ini perlu bekerja lebih keras untuk menarik sokongan pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Bagaimanapun setakat ini beliau tidak boleh memberi jaminan sama ada terdapat peningkatan dalam sokongan golongan itu atau tidak.

Oleh itu, katanya, calon-calon PH-BN perlu terus berusaha dalam memberikannya penerangan tentang kepentingan kerjasama kedua-dua pihak demi kestabilan politik negara.

“Saya sudah turun berkempen di 26 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), apa yang dapat dilihat adalah kerjasama antara jentera PH dan BN memang ada dan kolaborasi antara kedua-dua pihak amat penting.

“Apabila berjumpa dengan pengundi Melayu contohnya, saya rasa kita perlu terus berikan pencerahan tentang gabungan ini, ia bukan sahaja disebabkan titah Yang di-Pertuan Agong tetapi juga demi kestabilan politik dan ekonomi.

“Hasilnya kita dapat lihat pada suku pertama tahun ini, pertumbuhan ekonomi Malaysia agak kukuh dengan peningkatan 5.6 peratus manakala pelaburan pula meningkat sebanyak 60 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kampus Pusat Data GDS NTP di Taman Teknologi Nusajaya di sini hari ini.

Tengku Zafrul percaya jika penerangan jelas dan berterusan dibuat, ia akan dapat menarik sokongan masyarakat terhadap Kerajaan Perpaduan termasuk dalam kalangan masyarakat Melayu.

Jika itu dapat dicapai, beliau yakin kerajaan hari ini akan dapat mencapai kestabilan politik dalam negara dalam tempoh lima tahun akan datang. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. apa pandangan rakyat terhadap kenyataan Zafrul UMNO ini? ZAHID HAMIDI ANWAR IBRAHIM termasuk Isham Jahil Lokman Adam dan lelain MKT UMNO bersama cicak mengkarung kata PRN tidak merubah Kerajaan Pusat… bermakna POLITIK Walanon sediada stabil…
    kenapa sorang kata lain sekor lagi kata lain JELAS berbeda…. apa benda akalfikir UMNO ni? akarumbi UMNO faham PRN jika BN terlingkup pun Pusat tidak tergugat so akarumbi tidak bimbang pun… fakta kerajaan kata PHBN tidak terkesan… ANDA boleh Rujuk kempen-kempen PKR PAN dan UMNO

Comments are closed.