Abe Hariri sentiasa mengambil berat masalah wanita dalam memulakan perniagaan kecil-kecilan.

PASIR MAS – Orangnya muda, berketerampilan dan memperhambakan diri kepada rakyat sejak puluhan tahun lagi sejak usia belasan tahun.

Walaupun berkhidmat bukan sebagai wakil rakyat tetapi anak muda ini telah melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan sejak menyertai UMNO.

Beliau ialah Noor Hariri Mohamed Nor yang dipilih pucuk pimpinan UMNO negeri dan pusat sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong dalam Parlimen Pasir Mas.

Anak kelahiran Tendong ini tidak kekok berdepan dengan masyarakat kerana dirinya telah dididik mendekati golongan yang memerlukan sejak di awal usia lagi.

Abe Hariri berkhidmat kepada rakyat sejak terlibat dalam parti lagi.

Hari ini, selepas lebih 30 tahun berada di Kelantan yang didakwanya tidak membangun, beliau menawarkan tiga khidmat untuk memajukan masyarakat luar bandar sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat esok.

Bercakap kepada MalaysiaGazette, antara tiga tawaran atau manifestonya itu ialah menegakkan syiar Islam dengan memperkasa pengajian pendidikan agama di semua peringkat.

Daripada segi ekonomi pula, katanya, beliau akan mempermudahkan segara urusan dan proses untuk wanita memulakan perniagaan kerana di Kelantan terkenal dengan golongan Hawa suka mencari rezeki untuk menambah pendapatan keluarga.

Ketika, kata beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Abe Hariri, sukan untuk anak muda yang mana beliau akan perbanyakan lokasi gelanggang dan padang bagi kegunaan mereka beriadah dan bersukan.

“Ini antara tawaran tambahan, selain manifesto yang dikemukakan oleh pasukan perpaduan iaitu BN dan Pakatan Harapan (PH) untuk rakyat Kelantan khususnya.

“Saya mohon, beri peluang kepada saya untuk berkhidmat sepanjang penggal ke-15 ini untuk bawa perubahan kepada rakyat Tendong, Pasir Mas dan Kelantan amnya,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. calon UMNO DUN Tendong ni boleh terus menjadi hamba UMNO… teruskan USAHA kerana pengundi disana tahu diri ANDA. setakat sembang di Media apa faedahnya… bukan pengundi Johor Melaka Selangor Penang N9 boleh mengundi ANDA.. merayu lah ..

Comments are closed.