Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob

KUALA LUMPUR – Pas akan mengemukakan tawaran ‘gabungan’ kepimpinan baharu bagi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar bdi negeri Kelantan.

Gabungan tersebut terdiri daripada tokoh agamawan dan teknokrat, tertakluk kepada mandat rakyat dan ampun perkenan Sultan Kelantan.

Tawaran tersebut diumumkan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan dalam kenyataan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat di Rusila, Terengganu semalam.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurut Takiyuddin, mesyuarat turut memutuskan jawatan Menteri Besar bagi  Terengganu dan Kedah dikekalkan tertakluk kepada mandat rakyat dan ampuni perkenan Sultan di kedua-dua negeri.

“Pas dengan ini menyeru semua pengundi untuk menunaikan tanggungjawab pada esok hari, Sabtu 12 Ogos 2023, dengan memilih pemimpin yang Prihatin, Bersih dan Berkebajikan dari PAS dan Perikatan Nasional serta berharap proses pilihan raya di enam (6) negeri berjalan dengan aman dan lancar,” katanya. – – MalaysiaGazette