KUALA LUMPUR- Terengganu mengisytiharkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata ia bagi memudahkan pengundi sama ada di Terengganu atau yang berada di luar Terengganu untuk pulang ke tempat masing-masing selepas mengundi..
“Pengumuman ini mengambil kira tugasan dan bagi memudahkan kakitangan kerajaan negeri yang bertugas sehingga lewat malam membantu SPR di seluruh negeri pada hari pengundian,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri berharap pengumuman ini akan dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada semua yang terbabit dalam pesta demokrasi esok.-MalaysiaGazette