PADANG TERAP – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian pagi ini.

Beliau yang selesai mengundi jam 9.50 pagi berkata, perjalanan yang lancar hari ini disebabkan oleh lima saluran yang dibuka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sekolah Kebangsaan Naka, hari ini.

“Saya telah dimaklumkan bahawa pengundi telah diletakkan ikut saluran dan bagi warga emas mereka letakkan di saluran satu tidak payah naik tangga. Ini satu usaha yang baik dari SPR,” katanya kepada media, hari ini.

Dalam pada itu, Mahdzir berpuas hati kerana tiada insiden-insiden yang tidak diingini.

“Yang terbaik tidak ada insiden-insiden yang boleh menyebabkan ada masalah dengan kempen PRN.

“Kita telah berkerja siang dan malam dan kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi keyakinan kepada pengundi bahawa BN dan PH adalah sebuah gabungan perpaduan yang boleh memberikan satu usaha yang baik untuk membantu rakyat di Kedah. Pada hari ini adalah hari dimana rakyat dan pengundi keluar mengundi,” katanya lagi.

Bekas Ahli Parlimen Padang Terap itu tiba di pusat pengundian jam 9.29 pagi dengan ditemani isterinya, Datin Seri Noraini Abdullah yang turut mengundi di lokasi sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast