Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama dan gambarnya dalam sebuah berita palsu.

Menerusi ciapan di Twitter, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan penularan berita palsu berkenaan.

“Perhatian kepada semua rakyat Malaysia. Ini satu lagi berita palsu yang telah diviralkan menggunakan gambar dan nama saya.

“Sila ambil maklum dan jangan sesekali tertipu dengan berita palsu ini. Saya akan bincang dengan peguam untuk ambil tindakan mahkamah atas penipuan ini,” ciapnya diTwitterhari ini.

Semakan pada pautan yang turut disertakan Dr Noor Hisham melibatkan berita  berhubung prosedur rawatan mata di pusat perubatan di Malaysia.

Berdasarkan laporan yang memetik kenyataan didakwa oleh Dr Noor Hisham, operasi hospital mata hanya untuk mengaut keuntungan berbanding memberi rawatan kepada pesakit yang memerlukan. – MalaysiaGazette