Syed Naufal Putra Syed Ja'afar

KUALA LUMPUR – Syarikat Biovet Holding Berhad melalui anak syarikatnya Biovet International kini mencipta sejarah pertama buat industri ternakan negara dengan membuka peluang kepada orang ramai untuk menternak dengan sistem perkongsian fasiliti ternakan moden robotik pertama di Asia.

Menurut Pengarah Urusan Biovet Holding Berhad, Syed Naufal Putra Syed Ja’afar, syarikat dengan kepakaran industri veterinar melebih 15 tahun serta mendapat sokongan pembiayaan Agrobank komited untuk membangun Massive Modern Food Shelter dengan melibatkan penyertaan pelbagai latar belakang individu.

Ia bagi membolehkan semua orang yang tidak mahir dalam ternakan pun boleh membantu melonjakkan stok penyimpanan sumber bekalan ternakan negara bagi menjadikan yang tertinggi di ASEAN.

Hotel Veterinar Biovet

“Hasil audit penyata akaun syarikat bagi penutup tahun 2022 menunjukkan pendapatan kasar syarikat kini melebihi nilai RM3 juta setahun membuktikan permintaan terhadap perkhidmatan penjagaan ternakan bagi penghasilan daging kini mengatasi penawaran.

“Projek inovasi robotik industri veterinar Malaysia ini juga telah menarik minat dan menerima penyertaan dari warganegara lain seperti Singapura, Indonesia, Belanda, UAE serta Yaman yang menjadikan syarikat ini yang pertama dengan penyertaan antarabangsa mengunapakai sistem penternakan robotik dalam penawaran perkhidmatan penjagaan ternakan di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Projek inovasi robotik industri veterinar Malaysia.

Syarikat juga bersedia menawarkan saham terbitan awam (IPO) sebelum disenaraikan dalam Bursa Malaysia.

Biovet Holding Berhad memberi gambaran bahawa industri ternakan negara kini dapat dilonjakkan dengan revolusi dan applikasi teknologi industri IR 4.0.

Autonomous Robosheep-1 atau ARS-1 bakal menggantikan fungsi tugasan manusia untuk memberi makanan kepada ternakan, melakukan proses sanitasi ladang secara efektif berjadual serta mampu melakukan pengambilan bacaan suhu ternakan bagi memudahkan jejak suhu semasa di ladang ternakan tanpa perlu sentuhan kepada haiwan ternakan.

“Ini akan meningkatkan tahap biosekuriti ladang ke tahap lebih tinggi serta membuktikan kebajikan haiwan di Malaysia lebih dititikberatkan dalam menghasilkan bekalan makanan buat negara,” ujar Syed Naufal.

Menurutnya, dengan adanya penawaran sistem penternakan moden Hotel Veterinar Biovet kini menjadi tumpuan pelbagai pemain industri dan agensi bagi memenuhi keperluan uji kaji lapangan serta menjadi tarikan buat masyarakat yang ingin menternak di fasiliti yang disediakan oleh syarikat.

Biovet Holding Berhad melalui anak syarikatnya Biovet International Sdn Bhd yang merupakan pemenang SUPERB TERAJU.

Kini lebih ramai yang mampu meningkatkan pendapatan secara pasif melalui aktiviti menternak dengan menggunapakai perkhidmatan perkongsian fasiliti ternakan robotik tanpa perlu meninggalkan kerjaya mereka sedia ada dan sekali gus membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta kadar pengeluaran ternakan dan menjamin keselamatan sumber makanan buat negara serantau. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sesiapa pun boleh jadi penternak, Biovet sediakan peluang