Hotel Veterinar Biovet atau lebih mudah dikenali sebagai LADANG TERNAKAN KOMUNITI yang dikendalikan oleh syarikat Biovet International Sdn Bhd adalah ciptaan projek inovasi mega pertama negara Asia.

KUALA LUMPUR – Hotel Veterinar Biovet atau lebih mudah dikenali sebagai ladang ternakan komuniti yang dikendalikan oleh syarikat Biovet International Sdn Bhd adalah projek inovasi mega pertama di Asia.

Ia dikelolakan oleh kakitangan berkepakaran teknikal veterinar dalam usaha mereka menyokong perkhidmatan pembekalan rantaian sumber makanan negara ke tahap yang lebih tinggi.

Pengasasnya, Syed Naufal Putra Syed Ja’afar berkelulusan diploma kesihatan haiwan dan penternakan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang memiliki pengalaman dalam industri perkhidmatan veterinar ini selama 11 tahun melalui pelbagai bidang.

Syed Naufal Putra Syed Ja’afar (kanan) menyerahkan sijil penyertaan kepada pelanggan pada tahun lepas.

Menurutnya, jika negara hendak melihat pertumbuhan agresif di dalam sektor pengeluaran sumber makanan terutama sektor penternakan, semua pihak hendaklah bertindak sekarang.

Tindakan itu, menurutnya, memerlukan penglibatan inovasi, menggembleng tenaga serta kreativiti walaupun penggunaan sumber kewangan terhad namun kena ada kepakaran bidang bagi menghasilkan hasil luar biasa yang mampu memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi secara bersasar.

Melalui kempen yang dilancarkan ‘Satu Keluarga Satu Ternakan’ – syarikat Biovet International kini mempunyai lebih 200 penyertaan dari pelbagai golongan individu B40, M40 dan T20.

Suasana malam di Hotel ternakan Biovet di Kuala Krau, Pahang.

Malah ada antaranya pelanggannya golongan profesional seperti peguam, doktor dan jurutera.

Selain individu, projeknya turut menggamit minat syarikat dan koperasi seperti PERHEBAT dan ANGKASA yang berminat dalam usaha perlaksanaan food security shelter bersama konsep hotel veterinar Biovet untuk setiap keluarga di Malaysia.

Beberapa wakil koperasi seperti PERHEBAT dan ANGKASA juga berminat menyertai penternakan cara Biovet.

“Projek ini juga telah mendapat perhatian sehingga melibatkan penyertaan individu warga antarabangsa seperti dari negara Belanda, Singapura dan Indonesia,” katanya baru-baru ini.

Menurut Syed Naufal, pihaknya mendidik dan memberi kesedaran kepada awam mengenai cara yang mudah dan sesiapa sahaja boleh bermula dari hanya seekor ternakan sahaja tanpa perlu membelanjakan kos yang besar dengan risiko kekurangan ilmu penternakan.

Lebih unik pihaknya akan menyediakan fakta keunikan ternakan sebenarnya boleh membiak secara berganda seperti mampu melakukan proses kelahiran kembar dua dan tiga mengikut jenis ternakan seperti biri-biri, kambing dan lembu.

“Kami mengadakan kursus secara fizikal dan dalam keadaan penularan Covid-19 ini kami menyediakan secara maya,” ujarnya lagi.

Ibu Pejabat Perkhidmatan Hotel Veterinar Biovet Pertama Asia bertempat di Kuala Krau, Temerloh, Pahang dan telah dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kerdau, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad pada November tahun lalu.

Hotel Veterinar Biovet telah menyediakan beberapa pakej penternakan mudah kepada semua pelanggan perkhidmatan hotel ternakan dengan pelbagai konsep perlaksanaan kaedah penjagaan ternakan yang sifar kos penjagaan secara bertempoh melalui Pakej Penjana Ternak.

Pakej berkenaan hanya melibatkan kos penjagaan serendah RM0.50 per ekor sehari.

Ia menggabungkan konsep pawah tradisional kepada transformasi lebih moden dan kos yang terlibat adalah yang termurah di rantau Asia berdasarkan penawaran fasiliti perkhidmatan yang telah disediakan seperti kemudahan kandang, padang ragut ternakan, pemeriksaan kesihatan berkala, pengurusan tinja berpusat, pengurusan pembiakan, tenaga kepakaran teknikal veterinar, sekuriti ladang, pusat pembelian dan jualan ternakan.

Tidak cukup dengan itu pengurusan rekod yang teliti dan sistem notifikasi terus ke telefon pintar peserta menjadikan pilihan utama pelanggan yang ingin merealisasikan impian mereka memiliki ternakan melalui penjagaan eksklusif hotel veterinar yang diuruskan oleh tenaga pakar.

Syarikat ini juga turut menyediakan kemudahan perunding nasihat dan kontraktor ternakan kepada International Biovet Contract Farming, Biovet Venture Farming iaitu projek rangkaian ladang bersepadu Biovet (RLBB) yang sehingga kini memiliki 16 buah rangkaian seluruh negara.

VIDEO BERKAITAN:

Projek yang sama membuka peluang baru kepada mana-mana usahawan individu, syarikat, koperasi dan perbadanan yang berminat untuk melaksanakan projek ternakan secara pasaran tetap dengan kepakaran teknikal di atas tanah mereka sendiri dengan modal minimum RM75,000 hingga RM500,000.

Untuk tempahan perkhidmatan hotel veterinar ternakan anda boleh menghantar e mel [email protected] atau menghubungi 017 279 4065.

Orang ramai juga boleh melayari www.biovetinternationalgroup.com untuk maklumat lanjut menghubungi 010 – 665 3626 (Bahagian International Biovet Contract Farming) atau Ahmad Abdul Aziz di talian 012-3449200 selain melayari https://www.facebook.com/kambingniaga.

Menurut Syed Naufal, syarikat telah menyediakan pelan pembangunan ladang dan pembelian semula semua ternakan yang dihasilkan dengan nilai pasaran antara yang tertinggi dan stabil.

“Syarikat kini dalam proses memperluaskan pemasaran dengan beberapa pembukaan pejabat urusan dan ladang pembiakan bertaraf antarabangsa terutama di rantau ASEAN yang bertempat di negara Singapura dan Indonesia serta cadangan pembukaan pejabat di Jeddah bagi rantau Timur Tengah serta di negara Belanda bagi rantau Eropah dalam masa terdekat,’ katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Jadi jutawan melalui sistem pawah moden