Ahli Majlis Pembangunan Ekonomi Agrotekno Malaysia, Ahmad Abdul Aziz (kiri) bersama wakil Biovet di ladang kambing biri-biri di Melaka baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Beli seekor kambing biri-biri, anda ‘terpaksa’ terima sembilan ekor!

Itu manfaat sistem pawah moden yang ditawarkan oleh Pertubuhan Pembangunan Ekonomi Agrotekno Malaysia (Agrotek Malaysia) bersama Biovet International Sdn Bhd (Biovet) kepada orang ramai.

Malah kepada pemawah bagi seekor kambing biri-biri bernilai RM2,385 – mereka tidak perlu ada tanah, menjaga, mengeluarkan belanja perubatan dan sebagainya.

Malah kambing yang dipawah juga disediakan dokumen perjanjian mati setem dari Lembaga Hasil Dalam Negeri, memberi pendapatan pasif dan boleh diwarisi.

Sebahagian daripada kambing biri-biri yang dipawah secara moden di Ladang Biovet di Melaka.

Menurut Ahli Majlis Pembangunan Ekonomi Agrotekno Malaysia, Ahmad Abdul Aziz atau dikenali Ajimat, sembilan ekor anak-anak biri dari induk yang dipawah selama tiga tahun akan menjadi milik pemawah dan terpulang kepada mereka untuk menjual, menjadikan korban, akikah atau menyerahkan kepada pihaknya untuk menternaknya.

“Sembilan ekor anak kambing biri-biri yang dipawah akan menjadi milik pemawah dan termasuk induk, ia sebenarnya menjadi 10 ekor kesemuanya.

“Soal pasaran ia tidak menjadi masalah memandangkan permintaan tinggi kepada daging kambing terutama biri-biri di negara ini,” ujarnya kepada Malaysia Gazette baru-baru ini.

Menurut Ahmad, Biovet menjadi pihak yang menternak kambing biri-biri melalui ladang moden di beberapa kawasan di negara ini manakala Agrotek Malaysia dilantik menjadi wakil pemasaran kepada biri-biri berkonsepkan pawah moden.

“Peserta akan membeli minimum satu lot atau seekor haiwan
ternakan kemudian ianya dipajakkan kepada pihak Biovet yang mempunyai kepakaran veterinar di mana peserta akan di berikan keuntungan dalam bentuk hibah dividen ternakan,” ujarnya lagi.

Biovet menjadi pihak yang menternak kambing biri-biri melalui ladang moden di beberapa kawasan di negara ini manakala Agrotek dilantik menjadi wakil pemasaran kepada biri-biri berkonsepkan pawah moden.

Biovet sebelum ini memang sudah dikenali sebagai syarikat yang mempunyai rangkaian ladang bersepadu terutama di Melaka dan menjadi syarikat pengeluar kit rawatan haiwan pertama di Asia selain beberapa lagi pengiktirafan.

Pada Februari lalu, Biovet bekerjasama dengan Koperasi Pembangunan Sandakan Sabah Berhad berkaitan pelaburan sebanyak RM54 juta bagi membangunkan industri penternakan bebiri di negeri berkenaan.

Dalam pada itu, Ajimat berkata, melalui sistem pawah moden itu, pihaknya menjangka setiap peserta boleh mencapai status jutawan berdasarkan harga kambing biri-biri yang ada sekiranya berterusan memawah selama 13 tahun.

MOU Biovet bersama pemilik tanah untuk permbukaan ladang moden di Kuala Tekal Temerloh, Pahang dan hab Pantai Timur baru-baru ini.

Malah selain meneruskan pemawahan, peserta juga boleh menggunakan kambing biri-biri yang mereka ada untuk menjualnya, membuat akikah dan korban.

“Kami melihat ia satu potensi besar kepada orang ramai yang mungkin berminat menternak kambing biri-biri tetapi ketiadaan masa, kos yang tinggi dan tiada kepakaran.

“Jadi melalui sistem pawah moden ini, mereka bukan sahaja dapat meneruskan hasrat mereka tetapi juga boleh mewarisinya kepada keturunan mereka,” katanya.

Justeru sesiapa berminat terutama kepada syarikat Korporat, Korperasi atau Pertubuhan mahu mengetahui lebih lanjut mengenai sistem pawah moden atau mahu menjadi peserta boleh menghubunginya Ajimat di talian 012-344 9200.- MalaysiaGazette