KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming mengesahkan dia dijangkiti bakteria E.coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Menerusi status di laman Instagram, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman bagaimanapun berkata, beliau sudah dibenarkan keluar dari wad.
E.coli adalah sejenis kuman atau bakteria yang tinggal dalam saluran penghadaman manusia dan haiwan di mana boleh menyebabkan cirit birit berdarah, anemia teruk dan kegagalan buah pinggang.
“Teruk juga cirit-birit (diarrhea) lima hari tak berhenti sampai lesu badan dehidrasi (dehydrated). Alhamdulillah sekarang dah sembuh dan boleh sambung kerja macam biasa.
“Sekarang baru sempat nak tengok balik kerja dan perniagaan,” katanya.
Dia yang mengetuai pasukan misi bantuan orang baik (BOB) bertungkus lumus lebih kurang seminggu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas di Kelantan. – MalaysiaGazette
















