Onn Hafiz menyertai program Johor Bersih @ Sungai Skudai di Taman Impian Emas, dekat Skudai, Johor Bahru, Johor.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor akan terus membersihkan Sungai Skudai yang merupakan antara agenda menjadikannya sebagai negeri maju menjelang 2030.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, terdapat 10 projek berimpak tinggi dalam Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sungai Skudai yang mana tindakan penguatkuasaan akan dibuat dengan lebih agresif selepas ini.

“Saya sudah maklumkan kepada Datuk-Datuk Bandar dan Exco-Exco berkenaan untuk memastikan siapa yang membuang sampah akan ditangkap dan didenda.

“Jadi, ini saya bagi notis (peringatan) awal kepada masyarakat secara keseluruhan di mana kita akan lebih agresif selepas ini,” katanya menerusi kenyataan media sempena  program Johor Bersih @ Sungai Skudai di Taman Impian Emas, Skudaiyang disertai beliau, semalam.

Hampir 30 tan sampah telah dikutip sepanjang jajaran Sungai Skudai sejak dua tahun lalu.

Menurut Onn Hafiz, Sungai Skudai bukan sahaja akan menjadi contoh Johor sebagai sungai yang bersih tetapi ia akan menjadi contoh di Malaysia.

Katanya, masyarakat perlu sedar bahawa sungai adalah aset negeri Johor dan ia perlu dibersihkan secara bersama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast