Surat amaran juga telah diberikan kepada kontraktor terlibat bagi memastikan tiada kejadian berulang.

JOHOR BAHRU – Pekerja kontrak yang tular membuang sampah di pesisir pantai di bandar raya telah ditamatkan perkhidmatannya.

Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), notis amaran kepada kontraktor terlibat juga telah dikeluarkan sebagai peringatan kepada syarikat berkenaan.

“MBJB juga telah meminta kontraktor itu menandatangani Surat Aku Janji bagi memastikan perkara itu tidak berulang. Sejurus kami berjaya mengenalpasti si pelaku, pihak kami (MBJB) juga dimaklumkan pekerja itu telah pun dibuang,” katanya.

Semalam tular rakaman video berdurasi 1.22 saat menunjukkan seorang pekerja kontrak membuang sampah pukal dalam kuantiti yang banyak di pesisir pantai berhadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA)

Video berkenaan turut mendapat kecaman daripada natizen yang menyifatkan pekerja tersebut tidak bertanggungjawab.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan membuang sampah diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi talian bebas tol 1-300880146 atau menerusi Whatsapp di talian 019-7788212. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast