Seorang wanita Orang Asli maut selepas dipercayai dipijak gajah di kebun durian berhampiran rumahnya di Kampung Bal, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di sini semalam.

GERIK – Seorang wanita Orang Asli maut selepas dipercayai dipijak gajah di kebun durian berhampiran rumahnya di Kampung Bal, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan mangsa berusia 63 tahun itu kira-kira pukul 5.30 petang.

“Berdasarkan laporan awal mangsa dikatakan pergi mengutip durian sekitar pukul 4 hingga 5 petang dan terserempak dengan gajah tersebut sebelum dia dipijak

“Susulan kejadian itu, manga di dibawa ke Klinik Kesihatan RPS Kemar untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap mangsa pukul 9 pagi tadi di Hospital Gerik mendapati dia meninggal dunia akibat kecederaan parah pada dada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa diserahkan kepada ahli keluarga bagi urusan pengebumian. – MalaysiaGazette