Suspek kes dera akank-kanak perempuan ditahan direman selama lima hari bermula hari ini di Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan enam tahun yang dikatakan didera oleh bekas teman lelaki ibunya sehingga mengalami kecederaan fizikal di bibir dan muka.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ibu kepada mangsa telah membuat laporan polis pada pukul 10.39 pagi semalam.

Ekoran laporan itu, seorang  lelaki tempatan berusia 29 tahun telah ditahan  sekitar  pukul 11.05 malam tadi di sekitar Johor Bahru.

“Polis menerima laporan dari ibu mangsa yang berusia 25 tahun itu berhubung kes penderaan anaknya di sebuah rumah di kawasan Kampung Sinaran Baru, Kempas.

“Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi rawatan lanjut.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana perlakuan jenayah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Kamarul berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana yang melakukan pelakuan jenayah.

Suspek direman selama lima hari bermula hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast