Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse
Jimmy Puah Wee Tse.

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse kesalnya berlaku insiden pergaduhan sekumpulan pelajar di Taman Bistari Indah pada Isnin lalu.

Beliau telah menghubungi pengetua sekolah terlibat bagi mengesahkan kejadian itu.

“Susulan itu satu siasatan sedang dijalankan pihak polis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku.

“Bagi mencegah kes sedemikian berulang, saya akan kerjasama erat dengan polis bagi melaksanakan ceramah keibubapaan dan program kaunsling dalam masa terdekat,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sebelum itu, tular sebuah video sekumpulan pelajar lelaki bergaduh dengan memukul seorang pelajar kerana didakwa berebut teman wanita.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pukul 4.09 petang Isnin lalu daripada mangsa yang berusia 15 tahun.

Pada masa sama  polis mengesan video berdurasi 59 saat berkenaan kejadian tersebut yang tular dalam media sosial pada pukul 8.45 malam Isnin lalu.

Kesemua pelajar terbabit dalam pergaduhan telahpun ditahan remah selama dua hari sejak semalam sehingga esok bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut 147 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.- MalaysiaGazette