MACC logo Seri Iskandar airport land sales Perak
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Persatuan Penjaja ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM27,000 sebagai dorongan membantu sebuah syarikat pembinaan mendapatkan lesen sementara.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suspek yang berusia 57 tahun menerima wang suapan melalui beberapa pindahan wang ke akaun bank syarikat miliknya  sekitar bulan Jun hingga Julai 2022.

Suspek dipercayai ditahan pukul 1.30 petang semalam ketika diminta hadir memberikan keterangan di SPRM Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Menurut beliau,kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Bgaimanapun katanya, suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM. – MalaysiaGazette