Ketua Pegawai Operasi Advance Pact Sdn Bhd, Siti Ainol Khabtiah Mohd Jamil memberi penerangan ringkas mengenai Ventech S1 kepada Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa selepas Majlis Perasmian Healthcare Facility Management Conference and Exhibition 2023 di Pusat Pameran dan Konvensyen IOI, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS 2023.

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa meluangkan masa melawat ruang pameran pemain industri yang terlibat dalam Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Sokongan Hospital  (HcFM CONFEX 2023).

Sebanyak lima syarikat menjadi Platinum Sponsor kepada persidangan dua hari yang bermula semalam.

Antaranya Advance Pact Sdn Bhd (APSB) yang turut  mempamerkan kejayaan terbaru syarikat itu membangunkan alat bantuan pernafasan (ventilator) atau Ventech S1 dengan kerjasama Pusat Pakar Perubatan UiTM.

Menariknya tentang Ventech S1 adalah kebolehgunaannya di pelbagai lokasi terutama di klinik-klinik dan hospital sekali gus dapat membantu mengatasi maslaah kekuarangan ventilator yang pernah dialamni negara sewaktu pandemik Covid-19.

Semasa sesi lawatan itu, Ketua Pegawai Operasi, Siti Ainol Khabtiah  Mohd Jamil dan Pakar Respiratory Pusat Pakar Perubatan UiTM, Profesor Dr Fauzi Rani turut memberi penerangan tentang ventilator keluaran syarikat tersebut kepada Menteri Kesihatan.

Ventech S1 boleh digunakan di dalam wad biasa atau Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.

Kecanggihan pembangunan ventilator syarikat tersebut terbukti apabila ia bukan hanya boleh digunakan di hospital malah di rumah atau mana-mana tempat yang sesuai dalam keadaan mobilisasi.

Selain itu Zaliha turut melawat ruang pameran pelbagai pemain industri yang terlibat dalam persidangan perkhidmatan dan pengurusan sokongan hospital.

Sebagai rekod, HcFM CONFEX 2023 berlangsung selama dua hari sejak semalam. -MalaysiaGazette