Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pesawat yang terhempas di bandar Elmina, Shah Alam adalah milik Jetvalet Sdn Bhd.

Syarikat itu ditubuhkan ketika pancemik Covid-19 yang terdiri daripada bekas profesional syarikat penerbangan dan juga pakar dalam mengendalikan pelbagai saiz jet.

Jetvalet merupakan anak syarikat kepada Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) yang memberi kemudahan perjalanan dan faedah tambahan kepada ahli koperasi dalam program keahlian.

Sebanyak 12 destinasi menjadi pilihan kepada yang ingin menggunakan khidmat Jetvalet antaranya Kuching, Langkawi, Baki, Maldives, Singapura dan London.

Terdapat tiga jenis pesawat yang disediakan antaranya Beechcraft Premier 1, Hawker Beechcraft 4000 dan Gulfstream G4.

Ciri-ciri yang terdapat pada pesawat jenis Beechcraft Primier 1.

Difahamkan pesawat yang terhempas adalah jenis Beechcraft Premier 1.

Ia merupakan pesawat yang paling banyak digunakan kerana mampu memuatkan sehingga enam penumpang.

Premier 1 mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dengan kelajuan dan avionik yang dipertingkatkan serta dilengkapi dengan ciri-ciri kabin yang mewah.

Selain itu, prestasi luar biasa itu diperoleh dengan reka bentuk sayap  Premier 1 dan fiuslaj pengurangan seretan ultra kuat, yang direka dengan teknologi komposit gentian karbon ringan terkemuka industri serta berkelajuan 521 mph. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pesawat terhempas di Elmina Shah Alam