Gambar hiasan

MOSCOW – Gabenor Wilayah Kursk Roman Starovoit pada Ahad berkata sebuah dron Ukraine menyerang bangunan stesen kereta api bandar itu menyebabkan lima orang cedera ringan, lapor Sputnik.

“Menurut maklumat awal, serangan dron Ukraine di Kursk mengenai bumbung bangunan stesen kereta api mencetuskan kebakaran pada bumbung. Lima orang cedera ringan terkena serpihan kaca,” kata gabenor itu di Telegram .

Starovoit berkata semua perkhidmatan operasi berada di tempat kejadian, sementara butiran kejadian sedang diperincikan.

Sementara itu Datuk Bandar Moscow Sergei Sobyanin pada malam Ahad berkata, pasukan pertahanan udara turut menghentikan sebuah dron Ukraine yang terbang ke Moscow dari arah selatan. -BERNAMA-SPUTNIK

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast