PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini memerintahkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membayar RM250,000 kerana memfitnah bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim pada 2018.
Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi, Datuk Seri Mariana Yahya dan Datuk Azimah Omar sebulat suara turut memerintahkan Pengerusi DAP itu membayar kos sebanyak RM70,000 kepada Abdul Azeez.
Dalam keputusan pagi ini, Azimah memutuskan Mahkamah Tinggi sebelum ini telah terkhilaf kerana memberi kebenaran kepada Guan Eng bagi justifikasi serta ulasan berhubung kenyataan terhadap Abdul Azeez.
Bagaimanapun kata Azimah, Guan Eng telah membuat bayangan sendiri tanpa sebarang pengesahan daripada Abdul Azeez kononnya beliau terlibat dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
“Tidak ada bukti daripada responden (Guan Eng) telah berhubung dengan Abdul Azeez. Tidak ada apa-apa proses pengesahan.
“Ada terburu-buru, kegopohan dalam responden membuat hebahan kenyataan fitnah terhadap perayu (Abdul Azeez). Responden juga tidak keluarkan kenyataan ini untuk kepentingan awam sebaliknya lebih kepada kepentingan politik memandang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sudah hampir ketika itu,” katanya.
Abdul Azeez merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 11 Disember 2020, yang menolak saman fitnahnya terhadap Guan Eng berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Pada Februari 2018, Abdul Azeez telah memfailkan saman yang mendakwa mendakwa Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan fitnah semasa sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri pada dan semasa rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada hari sama yang mengaitkan beliau dengan pembayaran sebanyak RM3 juta sebagai yuran perundingan oleh pemaju projek terowong bawah laut. – MalaysiaGazette
Sudah dibuktikan memfitnah dimahkamah, kah…kah..kah…
Terdahulu seorang lagi wakil rakyat mereka merengkok didalam penjara kerana merogol pembantu rumah Indonesia..ish..ish..