Foto Facebook Wan Ahmad Fayhsal.

KUALA LUMPUR – Ketua Armada Bersatu,  Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan tindakan Kerajaan Perpaduan memberi peruntukan kepada sekolah kebangsaan dengan memaparkan logo parti politik pada replika cek sumbangan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional juga mempersoalkan bagaimana logo DAP dan juga Pakatan Harapan (PH) dipaparkan bersama logo jata negara.

Tegas beliau, apa yang diberlaku itu tidak membuktikan tatakelola yang baik yang dilaungkan Kerajaan Madani hari ini.

“Ini satu kejanggalan yang amat. Bila masa sumbangan pihak kerajaan dibolehkan logo parti bersekali dengan jata negara?

“Inikah tatakelola baik yang kerajaan #MalaysiaMadani ingin bawa?” tulis di media sosial.

Beliau turut memuatkan gambar sumbangan cek itu yang turut kelihatan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada majlis itu.

Kor Ming juga merupakan Naib Pengerusi DAP.

Pada Oktober 2019, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengkritik Kor Ming kerana menyerahkan replika cek kepada sebuah sekolah Cina di Perak dengan logo PH yang diletak bersebelahan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Katanya, pada zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN), replika cek tanpa logo BN kerana tidak mahu mempolitikkan pendidikan di sekolah.

Lantaran itu, Ka Siong mempersoalkan tindakan Pengerusi DAP Perak meletakkan logo PH pada replika cek rersebut tidakkah bermotifkan politik. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. MADANI MUNAFIK sekarang menyucikan dan menjuburi DAPIGS….TIDAK ADA me LAYU umnogok MARAH BILA LKS dapat GELARAN TAN SRI….SEMUA TERSENYUM SIPU BERTEPUK TANGAN…DISEBALIK me LAYU telah diHINA dan dicabar TINDAKAN DAPIS

Comments are closed.