UMNO medan politik kepartian Pas kalimah Allah calon BN Kuala Nerus pengusaha menu rahmah
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menjadikan masjid sebagai medan politik kepartian.

Menurut beliau, konsep solat berjemaah di masjid adalah satu konsep perpaduan.

“Apabila masjid pula menjadi medan politik kepartian maka hancurlah perpaduan umat yang dibina menerusi ‘solat perpaduan’.

“Apabila masjid dan surau dibina untuk kepentingan kelompok dan untuk memisahkan diri daripada jemaah umat Islam maka terungkailah perpaduan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohd Khairuddin turut menyifatkan perpaduan yang dipecahkan oleh semangat kepartian sebagai sesuatu yang malang bagi umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, pilihan raya yang merupakan medan bersaing bagi mendapat kuasa bertukar menjadi medan yang memecahkan adik beradik dan ahli keluarga serta kenalan dan sahabat.

Malah, Mohd Khairuddin memberitahu, makna konsep jemaah Islam yang bermakna perpaduan diselewengkan dengan merujuk kepada kumpulan kecil umat Islam sehingga menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat.

“Lahir ketaksuban kepuakan atas jenama ‘jemaah Islam’ lalu menafikan keislaman orang lain atau menafikan perjuangan Islam oleh orang lain.

“Inilah ancaman terhadap Islam dan dan ancaman terhadap perpaduan umat Islam yang sepatutnya wajib dibina dan diperkukuhkan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. khairudin selepas jatuhkan TALAK Pada PAS hari ini jadi PENYUCI MUNAFIK UMNOGOK PKR PAN…TIADA POLITIK DALAM AGAMA ISLAM….fahaman sesat islam pada ALLAH dan RASULULLAH

    kamu juga pernah berbicara berkuliah politik dalam masjid sebelum jadi PENYUCI GOLONGAN MUNAFIKUN….GOLONGAN ISLAM YANG MEMBUNUH HUKUM HAKAM ISLAM

    RUJUK PADA HADIS SAHIH …PERKARA2 YANG MEMBATALKAN IMAN YANG MEMBAWA KUFUR

Comments are closed.