Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bermula dari sekarang sehingga 31 Ogos 2023, sesiapa yang mendaftar perkhidmatan semakan kendiri CTOS melalui laman web CTOS akan menerima Laporan MyCTOS dengan CCRIS percuma.

Ia merupakan sebagai sebahagian daripada inisitif berterusan CTOS untuk memperkasa pengguna menguruskan kesihatan kredit orang ramai.

Kini, lebih daripada 3 juta rakyat Malaysia memulakan langkah menguruskan kesihatan kewangan yang lebih baik dengan mendaftar untuk perkhidmatan semakan kendiri CTOS.

Laporan MyCTOS dengan CCRIS memberi maklumat penting tentang kesihatan kredit, termasuk maklumat terperinci hutang, rekod pembayaran bagi kad kredit dan pinjaman, baki akaun dan had kredit, pertanyaan kredit, kes mahkamah kebankrapan dan maklumat syarikat lembaga pengarah seseorang individu, serta hutang bukan bank (rujukan perdagangan).

Institusi kewangan dan peminjam menggunakan maklumat ini semasa menilai permohonan kredit.

CTOS telah melaksanakan pelbagai program kecelikan kewangan di seluruh Malaysia untuk meningkatkan tahap literasi kewangan orang awam agar lebih mahir mengurus reputasi kredit mereka.

Ini telah membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam dalam kalangan pengguna Malaysia mengenai kepentingan menjalankan semakan kendiri untuk terus mengawal kesihatan kredit mereka, serta memastikan perancangan kewangan yang baik dan lebih akses kepada kredit.

Hasilnya, skor kredit purata penduduk Malaysia meningkat sebanyak 15 mata dari 663 pada tahun 2020 kepada 678 pada tahun 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Berhad, Erick Hamburger berkata, CTOS memainkan peranan penting dalam mempromosikan amalan kesihatan kredit yang asas.

“Kesihatan kredit merupakan aspek penting kesejahteraan kewangan. Ia mempengaruhi keupayaan untuk mendapatkan pinjaman, mendapatkan kadar faedah yang lebih baik dan turut mempengaruhi pelbagai peristiwa penting dalam kehidupan seperti membeli kereta atau membeli rumah.

“Dengan memantau laporan kredit secara berkala, menangani ketidaktepatan, dan mengamalkan tabiat kredit yang bertanggungjawab, pengguna boleh secara proaktif mengukuhkan kewangan masa depan mereka,” katanya.

Untuk maklumat lanjut tentang kesihatan kredit dan untuk mendaftar untuk perkhidmatan semakan diri CTOS dan menerima Laporan MyCTOS dengan CCRIS percuma, layari
https://ctoscredit.com.my/freeccris2023/ hari ini. – MalaysiaGazette