NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 17 pekerja maut di Mizoram selepas jambatan kereta api yang sedang dalam pembinaan runtuh berhampiran Aizawl hari ini.
Menurut pihak berkuasa, operasi menyelamat sedang dijalankan kerana lebih ramai pekerja dikhuatiri terperangkap di bawah serpihan.
Rakaman video yang disiarkan oleh media tempatan menunjukkan tiang logam tumbang ke tanah di lokasi lembah berhutan.
Ketika kejadian terdapat antara 35 hingga 40 orang pekerja. – Agensi