Keng Ee (kanan) dilantik sebagai Setiausaha Politik Kon Yeow yang baharu. - Gambar ihsan FB CKY

GEORGE TOWN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kota, Lau Keng Ee dilantik sebagai Setiausaha Politik yang baharu kepada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Majlis angkat sumpah penerimaan jawatan dan simpan rahsia itu disaksikan Kon Yeow dekat pejabatnya di Komtar hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri, Muhamad Azrai Mohamad Zaini.

Keng Ee, 43, merupakan Pengarah Pusat Khidmat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Padang Kota dan Parlimen Tanjong sejak 2018.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kota dengan majoriti lebih 5,000 undi dan berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada tahun 2013. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast