Empat pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Setiabudi di Gombak dipilih untuk mewakili Malaysia dalam Actions For Earth Award & Global Youth Summit.

KUALA LUMPUR – Empat pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Setiabudi di Gombak dipilih untuk mewakili Malaysia dalam Actions For Earth Award & Global Youth Summit.

Acara itu berlangsung di International Centre for Interdisciplinary Science and Education di Quy Nhon, Binh Dinh, Vietnam mulai 23 hingga 27 Ogos 2023.

Selama lima hari, para peserta akan memusatkan perhatian kepada isu-isu penting seperti pemanasan global dan peningkatan paras air laut.

Semua delegasi akan bekerjasama dengan erat untuk berkongsi idea, mencari solusi dan mencipta rekaan inovatif yang bertujuan untuk mengatasi masalah yang berlaku, kata satu kenyataan.

Para pelajar yang mewakili Malaysia dalam pertandingan berkenaan adalah Eshal Nabihah Nazamuddin (15 tahun);
Areesa Humairah Khairul Hafizi (15 tahun); Nasfarisya Nasrizal (14 tahun) dan Amira Aisyah Abdullah (14 tahun).

Mereka dibimbing oleh seorang guru pengiring berpengalaman, Dr. Noor Dzulaikha Daud yang akan memberikan panduan dan sokongan kepada pasukan sepanjang perjalanan mereka ke Quy Nhon, Vietnam.

Tema utama bagi Global Youth Summit 2023 adalah Pemanasan Global dan Peningkatan Paras Air Laut.

Pasukan Sekolah Menengah Setiabudi akan mempersembahkan rekaan mereka yang dinamakan School Biogas.

Projekdijalankan di sekolah untuk mengurangkan pengumpulan sisa makanan dan pada gilirannya mengurangkan kesan rumah hijau.

Pasukan yang dapat menyampaikan penyelesaian dan solusi terbaik untuk masalah Pemanasan Global dan Peningkatan Paras Air Laut berpeluang memenangi hadiah sebanyak USD10,000. – MalaysiaGazette