keadilan Najib
Mohd Nazifuddin Najib

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Mohd Nazifuddin Najib mempersoalkan mengapa parti itu tidak boleh mendapatkan keadilan untuk bapanya, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, UMNO ketika ini adalah sebahagian daripada kerajaan dan jaguh orang Melayu.

“Jika Tun Abdul Razak Hussein dipenjarakan hari ini dan bukan Datuk Seri Najib, adakah kita akan dapat keadilan untuknya?” soalnya dalam hantaran Facebook hari ini.

Hari ini genap setahun bekas Perdana Menteri itu dipenjarakan setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya selepas rayuan terakhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd ditolak.

Kekecewaan penyokong Najib terhadap kepimpinan UMNO yang dikatakan gagal membela nasib bekas presiden parti itu dikenal pasti sebagai antara punca prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada enam pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

Mohd Nazifuddin memberitahu, ketika PRN baru-baru ini, rakyat mula bersuara bahawa ia bukan sekadar isu ekonomi dan keperluan asas tetapi isu prinsip dan hak asasi manusia.

Beliau menambah, hari ini juga Najib dikurniakan seorang lagi cucu dan bapanya itu sepatutnya berada di samping keluarga tercinta meraikan kehidupan dan generasi akan datang.

“Bukan di mana beliau berada hari ini, belakang tirai besi yang kaku,” jelasnya.

Mohd Nazifuddin berharap, masih tidak terlambat untuk membatalkan ‘kesalahan’ yang telah dilakukan kerana orang yang menjadi juara terbesar ketidakadilan terus berdiam diri.

“Dan wajar kita bertanya kepada diri kita hari ini di manakah silapnya kita,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Anak NAJIB RAZAK ni dah tungganglanggang otaknya. Sempena PRN 6 NEGERI dia sendiri SELAMBA BINGAI…. malah marah pada penyokong bapanya untuk menuntut KENYATAAN JANJI dari ANWAR IBRAHIM pembebasan NAJIB sebelum hari pengundian. Sekarang bagai Hantu Raya tidak bertuan meracau barai. Anak Najib ni antara tidak boleh dipercayai.

Comments are closed.