Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja kilang maut selepas dihempap forklift dalam kejadian di sebuah kilang di Bukit Raja, Klang, Selangor, tengah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.35 malam.

Bomba mendapati seorang pekerja berusia 18 tahun di bawah jentera berat berkenaan sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian.

Mangsa cedera parah di bahagian kepala semasa dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia, katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast