Foto Fais Al-Hajari.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki terkejut apabila menerima maklumat menyatakan arwah ibunya yang sudah meninggal dunia, didaftarkan sebagai penerima skim Insurans Rakyat Selangor (INSAN).

Menerusi Facebook milik Fais Al-Hajari, dia memberitahu, ibunya yang sudah meninggal sejak 31 Mei 2022 kini didaftarkan dengan skim insurans yang bernilai RM10,000 itu sejak 9 November 2022.

“Macam mana mak saya, Aripah Damanhuri yang dah meninggal dunia sejak 31 Mei 2022 boleh mendaftar untuk Skim Insan ini pada 9 November 2022.

“Bila masa mak saya keluar dari kubur daftar skim ini, seingat saya mak saya tak dikebumikan dengan telefon pintar.

“Mustahil mak saya boleh muat turun aplikasi Wavpay untuk daftar dari dalam kuburnya, mengarut bukan,” tulisnya.

Fais menambah, dia dan rakan-rakannya akan membuat laporan polis diikuti dengan sidang media berhubung perkara tersebut kerana mendakwa data peribadi keluarganya telah dibocori oleh pihak terbabit.

Dalam satu lagi hantaran dimuat naik, dia menjelaskan bahawa tiada sebarang tindakan mendaftar pernah dilakukan sebelum ini.

“Saya menafikan bahawa saya pernah membuat apa-apa permohonan untuk menyertai skim insurans tersebut. Saya tidak pernah menandatangani apa-apa surat permohonan, surat persetujuan atau sebarang kontrak insurans dengan skim berkenaan.

“Saya percaya maklumat sulit dan data peribadi saya telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendaftar dalam skim INSAN ini.

“Tujuan saya membuat laporan polis ialah untuk menuntut pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan saya bimbang jika berlaku apa-apa perkara di kemudian hari,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Tak ramai yang tahu projek menyakau duit rakyat ini walaupun ianya telah lama diwujudkan.

    Hebat mereka2 ni, ambil kuasa untuk menyakau. Dalam diam2 terus menyakau.

  2. PKR – Puak Kelentong Rakyat, diketuai Anwar bapak penipu.
    Jgn sesekali kita lupa, arwah Tan Sri Khalid Ibrahim dijatuhkan dgn cara yg sgt keji dan hina oleh Puak Kelentong Rakyat ini, kerana ketegasan TSKI mempertahankan duit rakyat Selangor dari disebat utk kepentingan parti oleh mereka.
    Dgn cara yg keji dan hina mereka sggup lakukan demi matlamatnya tercapai. Sbb tu la aku tk heran pun bila depa sggup bergabung dgn parti yg PH gelar penyamun dan perompak utk bentuk kerajaan madanon.

Comments are closed.