KUANTAN – Barisan Nasional (BN) dijangka menghadapi kesukaran meyakinkan pengundi memilih parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, 7 Oktober depan.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, dalam tempoh masa yang singkat, 44 hari, agak mustahil untuk mengubah sentimen pengundi khususnya muda yang dilihat beralih kepada Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya di enam negeri baru-baru ini.
”Setakat ini BN kelihatan masih terkial-kial untuk pulihkan semula keyakinan orang Melayu terhadap UMNO. Formulasi gabungan BN dan PH telah mencabut keyakinan dan sokongan rakyat yang kelihatan begitu yakin dengan gabungan PN untuk memerintah Malaysia,” katanya.
PRK Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Johari Harun, 53, dalam nahas udara di Bandar Elmina, Shah Alam, baru-baru ini.
Pada Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15), Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi DUN Pahang dengan BN turut memenangi 17 kerusi manakala PH menang lapan kerusi.
Menurut Rosli, BN juga berhadapan pula dengan kemarahan orang Melayu kerana bekerjasama dengan DAP yang merupakan sebahagian daripada PH.
Tambah beliau, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kulai dan DUN Simpang Jeram yang bakal berlangsung dalam masa terdekat merupakan medan terbaik untuk BN melihat sejauh mana keberkesanan gabungan BN-PH. – MalaysiaGazette
Wahhh masa PAS bekerjasama dgn DAP ko terus menyokong PAS plak yer….Ko ni ni mmg lebai musibat…padahal kerjasama BN tu atas arahan DYMM Agong utk menubuhkan kerajaan sebab parlimen tergantung….Ko punya modal hari2 fitnah dan pecah belahkan rakyat Malaysia…PAS penunggang agama ni patut diharamkan di Malaysia