Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus dipercayai ketika mencari kepah di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin, hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian melibatkan mangsa Mohd Iman Daniel Azri, 14, yang beralamat di Felda Keratong 4, Rompin sekitar 5.30 petang tadi.

Beliau berkata, menurut maklumat daripada rakan mangsa, remaja itu dihanyutkan arus semasa mereka mencari kepah di sungai berkenaan.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah dijalankan melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung.

“Bagaimanapun, operasi SAR ditangguhkan pada 8.30 malam dan akan disambung esok,” katanya dalam satu kenyataan malam ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast