Pengarah Strategik Komunikasi Ahmad Shabery Cheek berucap pada Himpunan solidariti Wanita UMNO pertahan Institusi Presiden di Dewan Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 24 OGOS 2023.

KUALA LUMPUR – Pertukaran Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO tidak menyelesaikan masalah parti itu.

Ini kerana, sesiapa pun yang menggantikan tempat Ahmad Zahid akan tetap diserang oleh individu-individu di luar sana, kata Pengarah Strategik dan Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Sesiapa pun yang menjadi pemimpin UMMO, dia akan menjadi sasaran serangan. Sesiapa pun, oleh itu jangan kita kata sekarang kita tukar Ahmad Zahid maka yang akan naik itu terlepas dari serangan.

“Sempurna mana pun individu yang akan menggantikan Ahmad Zahid, dia tidak akan terlepas dari serangan. Tidak ada sesiapa pun yang tak kena diserang… Tun Razak, Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn.

“Tun Dr Mahathir pun diserang sebagai Mahafiraun dan Mahazalim,” katanya Himpunan Solidariti Wanita bersama Presiden ‘Mempertahankan Institusi Presiden’ di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia, hari ini.

Hadir sama adalah Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan naib ketuanya, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Tegasnya, tidak ada jaminan mana-mana individu yang menggantikan Ahmad Zahid akan boleh duduk diam, tidak diserang.

Lantaran itu, katanya, ahli akar umbi UMNO perlu terus mempertahankan institusi presiden parti demi menjaga kepentingan masyarakat Melayu.

Oleh itu, katanya, yang boleh mempertahankan UMNO ialah akar umbi semua kerana hanya parti ini yang dianggap keramat.

Malah, parti yang bersejarah hanyalah UMNO.

Sebelum ini. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, keputusan PRN sebagai referendum penolakan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN), oleh itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid mesti mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh juga meminta Ahmad Zahid bertanggungjawab atas prestasi buruk BN pada PRN dan menggesa beliau meletak jawatan.

Bahkan bekas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah turut menggesa seluruh kepimpinan UMNO harus bertanggungjawab terhadap prestasi buruk parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) kerana Ahmad Zahid bukannya satu-satunya individu yang harus dipersalahkan.

Pada PRN enam negeri lalu,  UMNO yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) hanya menang di 19 daripada 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti itu.

Prestasi BN itu bersamaan dengan 17.6 peratus –  paling kecil berbanding parti-parti lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Shabery Cheek ni guna formula bender ni… ke masih berilusi dan trauma UMNO kalah 100% di TERENGGANU? Rafizi Ramli pun boleh pecah perut dengan ILMU Shabery Cheek ni..
    maklumat dan Makluman…. ZAHID HAMIDI adalah SI KITOL terlatih dalam UMNO. President UMNO disebelum ini diserang mengikut “musim dan keperluan” DAP PKR PAN dan lelain lagi..
    Sekarang TIADA HARI “yang terkecuali” ZAHID HAMIDI dikecam dan marahi oleh akarumbi UMNO sendiri kerana “SIFATNYA” itu dan KAU MERAPU ni kenapa? Ini adalah sejarah ISTIMEWA dan KHAS hanya untuk Parti SAKAU yang KERAMAT itu. Shabery Cheek jangan kuat tidur dan MERAPU kerana ANDA amat MEMALUKAN… masih kau ingat DEBAT dengan ANWAR IBRAHIM? Berdiam DIRI itu akan menyembunyikan KEBODOHAN MELAMPAU anda……

Comments are closed.