Azdini Nor Azman

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam)
mengumumkan pelantikan Azdini Nor Azman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas anak syarikat milik penuhnya, BIMB Investment Management Berhad (BIMB Investment) berkuat kuasa 1 Ogos 2023.

Azdini menyertai BIMB Investment sebagai Pemangku CEO di BIMB Investment pada 1 Mac 2023 dan dilantik ke jawatan CEO setelah menerima kelulusan rasmi daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Beliau mempunyai pengalaman luas selama 26 tahun dalam industri yang merangkumi pelbagai organisasi termasuk Asian Islamic Investment Management Sdn Bhd, Bank Muamalat Malaysia Berhad, CFC Seymour Limited, Bank Islam Malaysia Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Berhad and Amanah Short Deposits Berhad.

Sebelum menyertai BIMB Investment beliau merupakan Ketua Perbankan Borong di Hong Leong Islamic Bank Berhad (Hong Leong Islamic Bank) dan bertanggungjawab menguruskan segenap aspek perniagaan borong termasuk pasaran global Islam, perniagaan Islam dan perbankan korporat.

Beliau kini merupakan ahli Jawatankuasa Kecil Pasaran Kewangan Islam Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tahun 2022 – 2023.
Azdini berkelulusan Sarjana Muda Perdagangan (Pengkhususan dalam Kewangan) dari Universiti Otago, New Zealand. Beliau juga merupakan seorang Profesional Kewangan Islam Bertauliah (CPIF) dari Institut Profesional Kewangan Islam Berkanun (CIIF) serta memegang lesen Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia (PPKM) dan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL).

Diiktiraf berdasarkan pencapaiannya, Azdini pernah dinobatkan dalam kedudukan 100 teratas oleh Laporan Wanita Paling Berpengaruh dalam Perniagaan dan Kewangan Islam WOMANi
pada tahun 2020.

Pengiktirafan terbaharu beliau dalam kategori Significancica WOMANi menunjukkan sumbangan dan pencapaiannya dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.- MalaysiaGazette