Datuk Kamarul Zaman Mamat

JOHOR BAHRU – Polis sedang melakukan siasatan ke atas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di Markas Pas Bakri, Muar, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Polis Kontinjen Johor menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) demi menjaga dan mengekalkan ketenteraman awam.

“Tindakan akan diambil kepada semua pihak tanpa mengira parti jika menyentuh isu berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sabtu lalu Abdul Hadi ketika berucap dalam Ceramah Perdana PN Johor di Markas Pas Kawasan Bakri mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah adalah tidak sesuai dengan apa yang diajarkan Islam.

Menurut Abdul Hadi, pihak yang berhak memberikan pengampunan ialah ahli keluarga seseorang yang menjadi mangsa jenayah, bukannya Lembaga Pengampunan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Jom orang Melayu Johor ramai2 keluar mengundi, kalau 90% keluar, insyaAllah kemenangan PN didalam tangan. Jom luaskan kuasamu!

    Kepada Hj Hadi terimakasih kerana menerangkan kaedah Islam dalam berhukum dan pengampunan, kaedah terbaik. Ianya belum pernah lagi diceritakan oleh mana2 pihak sebelum ini. Terimakasih diatas ilmu tersebut.

    Peace!

Comments are closed.