Noor Azleen Ambros

JOHOR BAHRU –  Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dilihat lebih menjurus kepada pertembungan Johor melawan anasir luar apabila ramai pencatur politik hadir dari seluruh negara dan mencampuri urusan negeri ini.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, senario berkenaan menjadikan soal Pulai dan Simpang Jeram lebih besar daripada soal Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) menentang Perikatan Nasional (PN) pada PRK, 9 September ini.

“Dalam PRK ini, lihatlah begitu ramai para pencatur politik diterbangkan dari seluruh negara. Dari utara, bahkan dari timur tanah air. Masing-masing tidak dapat menyembunyikan keinginan mereka mencampuri urusan kita di Selatan.

“Masing-masing tidak dapat menyembunyikan keinginan mereka mencampuri urusan kita di selatan. Ya, memang ada gelombang yang kita rasai. Tetapi yang dibawa itu bukanlah gelombang perubahan.

“Sebaliknya gelombang untuk merosakkan negeri dengan unsur-unsur luar yang nyata bertentangan dengan nilai Johor Darul Ta’zim. Unsur-unsur luar yang bertentangan dengan nilai kita sebagai Bangsa Johor yang muafakat dan bersatu-padu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandang yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, 24 Julai lalu

Sementara itu, Noor Azlen berharap agar rakyat negeri ini dapat bersatu dan mengetepikan sentimen buat sementara waktu.

“Dalam keadaan yang sangat getir ini, ketepikanlah apa jua sentimen untuk sementara. Ada mudarat yang lebih besar di hadapan kita. Anak selatan menolak perpecahan. Kita pilih perpaduan, wawasan dan kemakmuran.

“Ada mudarat yang lebih besar di hadapan kita… jadi ketepikanlah apa juga sentimen yang ada.

“Ini kerana anak Selatan menolak perpecahan. Kita pilih perpaduan, wawasan dan kemakmuran,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. KP UMNO JOHOR ni tidak CERDIK dan SEBIJAK Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal. Idea Noor Azleen ni fikiran setaraf budak PMR berpolitik. Tidak membaca text sejarah kempen politik tanah air. Rujuklah kes-kes PRK sebelum kau menjadi Ketua Pemuda UMNO Johor. BANGSA JOHOR tidak sebangang Noor Azleen macam bodoh-bodoh je ..

Comments are closed.