Gelanggang All Stars Gegar Vaganza bermula 24 September depan.

KUALA LUMPUR – ProgramĀ  realiti popular iaitu Gegar Vaganza (GV) kembali untuk musim kesepuluh menerusi edisi istimewa dikenali, All Stars Gegar Vaganza bakal menampilkan 10 bekas juara daripada musim pertama hingga kesembilan.

Menemui penonton bermula 24 September ini, mereka yang bakal berentap pada musim kali ini adalah juara musim pertama iaitu Ayai, Siti Nordiana (musim kedua), Azharina (musim ketiga), Naqiu dan Hardy Mirza (musim keempat).

Turut bertanding adalah Noryn Aziz (musim kelima), Datuk Aishah (musim keenam), Cliff Umar (musim ketujuh), Aliff Aziz (musim kelapan) dan Jaclyn Victor (musim kesembilan).

Pengumuman barisan peserta ini dibuat pada sidang media yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, peserta pilihan yang terdiri daripada pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat juga disenaraikan menerusi kerusi hot seat.

Bagaimanapun hanya empat peserta akan bertanding bersama 10 juara All Stars yang bertanding tahun ini.

Pemilihan empat peserta itu akan dibuat berdasarkan undian orang ramai.

Sementara itu, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz Selamat kembali sebagai juri tetap pertandingan tersebut manakala hos akan diumumkan pada minggu pertama pertandingan.

Konsert mingguan All Stars Gegar Vaganza akan mula bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 12 minggu setiap Ahad menerusi saluran Astro Ria.

Juara All Stars Gegar Vaganza akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 serta hadiah sampingan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast