Penduduk Pulau Gaya yang menyertai ceramah untuk meningkatkan kesedaran berkenaan penyakit kanser payudara

KOTA KINABALU – Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) melalui pasukan CERAH (Cancer Empowerment, OutReach & Awareness HUMS) telah menjalinkan kolaborasi dalam
menjayakan program Saringan Kanser Payudara di Pulau Gaya, Sabah, baru-baru ini.

Kolaborasi ini melibatkan pihak Kinabalu Pink Ribbon (KPR), Hospital Queen Elizabeth 2, Hospital KPJ serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Penyelaras program CERAH, Dr Nurfarahin Musa berkata, ia diadakan untuk menghulurkan bantuan kesihatan awam kepada penduduk Pulau Gaya meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit kanser payudara.

Sepanjang program ini, saringan kepada pesakit-pesakit yang berpotensi menghidap kanser payudara juga dilaksanakan, katanya.

Nurfarahin menambah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) juga telah memberikan subsidi sebanyak 30 ujian HPV DNA dan 17 pakej saringan mammogram ke Hospital Gleneagles kepada pihak penduduk tempatan, selain KPR yang turut berjaya memberi bantuan sebanyak 100 bkul makanan kepada penduduk tempatan di Pulau Gaya.

Seramai 12 lelaki dan 90 wanita telah berjaya disaring sepanjang program tersebut berlangsung.

“Hasil saringan telah mendapati lapan individu diklasifikasikan berisiko tinggi dan dirujuk untuk menjalani ujian diagnostik mammogram, manakala 17 individu diklasifikasikan berisiko sederhana dan dirujuk untuk siasatan susulan,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast