Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang menjemput anak-anak tahfiz untuk menghadiri sebuah konsert malam Ahad lalu.

Beliau yang Ketua Pemuda Perikatan Nasional berkata, beliau sedih dan kesal apabila melihat perkara tersebut menerusi sebuah video tular dikongsikan di media sosial baru-baru ini.

“Apa tujuan pergi hadap anak-anak pelajar agama ke konsert seperti itu? Apa nilai yang anda ingin sampaikan?

“Sedih dan terhiris hati rasanya melihat video anak-anak pelajar agama tercengang-cengang terkejut barangkali,” katanya menerusi siaran di Facebooknya di sini.

Ahmad Fadhli Shaari

Semalam, sebuah video tular di media sosial di mana sekumpulan remaja didakwa anak-anak tahfiz merupakan antara pengunjung yang dijemput hadir ke satu konsert.

Pengguna media sosial turut meluahkan rasa kesal melihat rakaman video tular persembahan kumpulan wanita, COEX di hadapan pelajar-pelajar tahfiz yang disifatkan agak keterlaluan dari segi tarian dan pakaian untuk dipertontonkan kepada pelajar-pelajar tersebut.

Lagu yang dipersembahkan oleh COEX ketika itu juga berjudul Selamat Jalan Romeo dendangan Ramlah Ram.

Difahamjan, persembahan pada Konsert KEPCI Music Fest menyaksikan lebih 8,500 penonton membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam bersempena sambutan ulang tahun ke-50 KFC.

Konsert yang berlangsung hampir tiga jam itu turut menampilkan barisan penyanyi baharu dan legenda tempatan seperti Datuk Amy Search, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ella, Misha Omar, Bunkface dan ramai lagi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast