KUALA LUMPUR – Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor dan Tan Sri Abdul Hadi Awang sama-sama adalah pendakwah.
Namun, Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, Wan Salim berhujah bahawa parti Islam adalah “ciptaan manusia”.
Oleh itu tiada paksaan untuk beri sokongan.
“Betullah tu,” katanya.
Manakala Hadi pula didakwa guna analogi kapal terbang “ciptaan manusia” untuk ke Mekah.
Kata Abdul Hadi, naik kapal terbang tunai haji adalah untuk tegakkan agama.
Itu pun betul juga.
“Kedua duanya alat untuk dakwah. Bezanya, mufti kata tidak wajib masuk parti Islam, sebaliknya Pas pula menghukum.
“Masuk Pas macam masuk Islam. Lawan Pas adalah melawan Islam. Itu salah,” ujar Puad.
Baru-baru ini, Presiden Pas itu dilaporkan memujuk ahli-ahli UMNO supaya mengundi calon Perikatan Nasional (PN) di PRK DUN Simpang Jeram dengan alasan tindakan itu tanggungjawab mereka untuk menyelamatkan negara dan Islam.
“Orang UMNO di Johor kena fikir panjang sebelum mengundi, ada kewajipan nak selamatkan negara, walaupun tidak memerintah, tetapi satu kerusi inilah amar makruf nahi mungkar di DUN demi selamatkan agama dan umat.
“Saya harap sahabat UMNO atas pagar insaf, tanggungjawab nak selamatkan negara bersama Islam, walaupun satu kerusi makna sangat besar kerana kerusi ini akan jalankan amar makruf nahi mungkar di DUN,” ujarnya ketika berucap di Muar. – MalaysiaGazette