KUALA LUMPUR – Berita gembira buat peminat selebriti terkenal antarabangsa, Paris Hilton apabila dia bakal berkunjung ke Malaysia pada 13 September ini.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Hilton akan berada di pusat beli-belah, Sogo Kuala Lumpur untuk melancarkan keluaran terbaharu minyak wangi jenamanya, Paris Hilton Fragrances iaitu Ruby Rush.
“Hai Malaysia! Tidak sabar untuk bertemu dengan anda semua pada 13 September nanti di Sogo, Kuala Lumpur untuk pelancaran keluaran baharu minyak wangi saya, Paris Hilton Fragrances,” tulisnya.
Menerusi perkongsian itu juga, pelakon yang berusia 42 tahun itu pernah membintangi filem House of Wax itu akan berada di pusat beli-belah Sogo pukul 4 petang.
Sebelum berkunjung ke Malaysia, cucu kepada pemilik rangkaian hotel terkemuka, Hilton itu akan berada di Bangkok, Thailand pada 11 September untuk mempromosikan jenama minyak wanginya. – MalaysiaGazette