Kompleks Mahkamah Ipoh

IPOH – Seorang penghuni sebuah pusat jagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penghuni lain di pusat jagaan sama, minggu lepas.

Lai Mun Kong, 50, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Lai didakwa membunuh Lim Han Tong, 42, di dalam tandas blok A, pusat jagaan di Jalan Jelapang, Chemor dekat sini antara 6 pagi hingga 6.50 pagi, pada 24 Ogos lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dihukum dengan tidak kurang 12 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Majistret Jesseca Daimis menetapkan 29 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast