JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen diminta membuka laluan khas bagi memudahkan pengundi yang bekerja di Singapura melaksanakan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, 9 September ini.
Calon Pakatan Harapan (PH) untuk kerusi Perlimen Pulai, Suhaizan Kayat berkata, perkara itu telah pun dimakumkan kepada kerajaan negeri.
“Sudah pasti ianya disebut dalam cadangan keperluan kepada pengundi Parlimen Pulai yang bekerja di Singapura untuk memudahkan mereka balik.
“Tapi kita khuatir pada hari itu hari bekerja hari Sabtu. Oleh itu, mereka tidak sempat mengundi kerana pulang sudah lewat jadi sebab itu kita minta agar mereka dapat meluangkan masa untuk mereka bercuti. Satu hari untuk mengundi,” katanya ketika ditemui pada cara walkabout di pasar malam Taman Sutera, di sini, hari ini.
Dalam pada itu Suhaizan berkata, PH menggunakan platform media sosial bagi mendekati pengundi terutama yang berada di Singapura.
Ditanya menegnai sambutan kempennya, Suhaizan berkata, beliau telah pun melakukan yang terbaik dengan
“Setiap hari saya masuk kawasan dimana ramai orang berkumpul seperti pasaraya, pasar malam saya nampak respon sangat baik dan saya ada pengalaman,” katanya. -MalaysiaGazette