Keluasan kebakaran di Greece yang dilihat dari ruang udara.

ATHENS – Keluasan hutan yang terbakar di timur laut Greece selama 11 hari telah memusnahkan kawasan yang lebih besar dari saiz bandar New York.

Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus yang disokong Kesatuan Eropah berkata, kebakaran itu diburukkan oleh angin kencang dan cuaca panas.

Kebakaran yang bermula berhampiran bandar Alexandroupolis, merebak dengan cepat ke seluruh wilayah Evros, membunuh sekurang-kurangnya 20 orang minggu lalu.

Ia merupakan kebakaran paling dahsyat di Eropah pada musim panas ini, mengubah suasana hijau kepada tanah yang hangus, selain memusnahkan kediaman dan mata pencarian penduduk.

Menurutnya, kebakaran itu telah memusnahkan sekurang-kurangnya 808.7 kilometer (km) persegi, jauh lebih besar dari saiz New York City 778.2 km persegi.

Copernicus berkata, kebakaran itu masih sangat berbahaya kerana keadaan sangat dinamik.

Pesawat dan ratusan anggota bomba di darat, termasuk dari Albania, Serbia, Slovakia dan Republik Czech, sedang memadamkan api.

“Kami cuba mempertahankan kawasan lain yang tidak terjejas sebelum ia merebak,” kata Jiri Nemcik, komander pasukan Czech.

Sementara itu, Panagiota Maragou, Ketua Pemuliharaan Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF) Greece berkata, sekurang-kurangnya 30 peratus daripada Taman Negara Hutan Dadia-Lefkimi-Soufli telah hilang.

Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis yang mempengerusikan mesyuarat mengenai kebakaran pada hari Selasa telah menyentuh langkah pencegahan kebakaran.

Sebelum ini, Persatuan Pencinta Alam Sekitar menuduh Kerajaan Greece membelanjakan lebih banyak dana untuk memadamkan kebakaran berbanding pencegahan.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast